Notis Privasi PDPA 2010
Privacy notice PDPA 2010
Heidelberg Materials Malaysia ("kami") menghargai kepercayaaan yang anda berikan kepada kami melalui urusan anda dengan kami. Kami amat komited sepenuhnya untuk melindungi hak dan privasi anda sebagai individu seperti yang termaktub di dalam Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010 ("PDPA").
- Tujuan Notis Ini
-
- "Data Peribadi" adalah sebarang maklumat yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung terhadap seseorang individu yang telah dikenalpasti atau boleh dikenalpasti daripada maklumat tersebut atau melalui maklumat lain yang kami perolehi.
- Heidelberg Materials Malaysia merujuk kepada semua syarikat di dalam "Heidelberg Materials Malaysia Group of Companies di Malaysia".
- Notis ini adalah berkaitan atau relevan dengan anda sekiranya anda adalah seorang individu.
- Jika pelanggan, pembekal atau rakan kongsi perniagaan adalah sebuah syarikat perkongsian atau lain-lain pertubuhan yang tidak diperbadankan, pemberian Notis Privasi ini ditujukan kepada syarikat perkongsian atau pertubuhan yang tidak diperbadankan itu yang mana ia hendaklah disifatkan sebagai notis yang diberikan kepada semua rakan kongsi atau semua pemegang jawatan ( sebagaimana yang berkenaan) bagi pelanggan, pembekal atau rakan kongsi perniagaan yang data-datanya telah dikumpul dan / atau diproses oleh pihak kami bagi tujuan-tujuan seperti yang dinyatakan di sini.
- Perkataan "anda", " kepunyaan anda " atau sebarang perkataan lain mahupun ekspresi yang membawa maksud yang sama bermakna pelanggan, pembekal atau rakan kongsi perniagaan.
- Perkataan "kami", "kepunyaan kami" atau sebarang perkataan lain mahupun ekspresi yang membawa maksud yang sama bermakna Heidelberg Materials Malaysia.
- "Pemprosesan" ertinya mengumpul, merekod, memegang atau menyimpan data peribadi anda atau menjalankan sebarang operasi atau set operasi ke atas data peribadi anda.
- Prinsip Perlindungan Data Peribadi
-
Notis ini diberi berdasarkan kepada 7 Prinsip Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010 seperti yang dinyatakan di bawah :
- Kami tidak akan memproses data peribadi anda tanpa kebenaran anda.
- Kami akan memaklumkan kepada anda secara bertulis mengenai tujuan sah di mana data peribadi anda dikumpul dan sama ada ia wajib untuk anda menyediakan data peribadi anda.
- Kami tidak akan mendedahkan sebarang data peribadi anda untuk sebarang tujuan selain daripada tujuan yang dinyatakan di bawah yang didedahkan pada masa pengumpulan dan tidak akan mendedahkan perkara yang sama kepada mana-mana pihak ketiga tanpa kebenaran anda.
- Kami akan mengambil langkah-langkah yang praktikal untuk melindungi data peribadi anda daripada mengalami apa-apa kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses tanpa kebenaran atau tidak sengaja mahupun pendedahan, pengubahan atau pemusnahan.
- Kami tidak akan menyimpan data peribadi anda lebih lama daripada masa yang diperlukan untuk memenuhi tuntutan tujuan-tujuan yang sah di sisi undang-undang yang telah diperolehi.
- Kami akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan data peribadi anda adalah tepat dan relevan hanya bagi tujuan yang sah dimana ia telah diperolehi.
- Kami akan memberi anda akses kepada data peribadi anda yang dipegang oleh kami supaya anda dapat memeriksa dan membetulkan sebarang data yang tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini
- Data apa yang kami kumpulkan dan mengapa
-
Data peribadi yang kami kumpul adalah termasuk nama penuh, tarikh lahir, nombor kad pengenalan/passport, alamat terdahulu dan yang terkini, nombor telefon/telefon bimbit, alamat e-mail, akaun bank, butir rujukan kredit, pekerjaan dan nombor lesen memandu serta apa-apa maklumat lain mengenai diri anda yang anda berikan kepada kami.
Dengan memberikan sebarang data peribadi anda kepada kami, dengan ini anda membenarkan pihak kami mengumpul, menyimpan dan menggunakan data peribadi anda bagi tujuan-tujuan berikut:
- menilai kesesuaian anda untuk membekalkan produk dan perkhidmatan kepada pihak kami
- menilai permohonan/permintaan anda untuk membuka akaun anda dengan pihak kami
- melakukan pemeriksaan yang perlu untuk kemudahan kredit dan mengelak penipuan
- mengurus dan mengekalkan akaun anda dengan pihak kami
- menyediakan perkhidmatan dan produk yang berkaitan
- mentadbir dan mengurus segala perkhidmatan dan produk yang berkaitan termasuk pengiraan dan pengeluaran bil serta kutipan hutang
- mentadbir, mengurus dan/ atau menguatkuasakan transaksi-transaksi komersial
- menghubungi dan berkomunikasi dengan anda dan /atau wakil anda / syarikat yang telah anda lantik bagi pihak anda
- mengemaskini, menyatukan dan memperbaiki ketepatan rekod kami
- untuk tujuan audit, pematuhan dan pengurusan risiko
- mempertimbangkan permohonan pekerjaan dengan syarikat kami
- mempromosi dan memasarkan perkhidmatan-perkhidmatan atau produk-produk lain yang kami anggap mungkin menarik bagi anda, melainkan jika anda menghubungi kami untuk mengeluarkan anda daripada senarai mel kami
- Mengapa penyediaan data peribadi adalah wajib bagi anda
-
Penyediaan data peribadi adalah wajib kecuali jika kami memberitahu anda sebaliknya. Sila ambil perhatian bahawa sekiranya data peribadi tidak mencukupi atau tidak memuaskan Heidelberg Materials Malaysia, maka permohonan atau permintaan anda kepada Heidelberg Materials Malaysia untuk mana-mana tujuan di atas mungkin tidak diterima atau tidak akan diambil tindakan atau kami tidak akan dapat menyediakan rangkaian penuh manfaat dan/atau perkhidmatan dan/atau melaksanakan kewajipan kami di bawah sebarang kontrak yang berpotensi atau sedia ada dengan anda.
- Sumber data perbadi
-
Kami mungkin akan mengumpul data peribadi :
- secara langsung daripada anda sebagai pelanggan, pembekal, rakan kongsi perniagaan kami, kakitangan dan pemohon (contohnya ; melalui telefon atau daripada dokumen seperti borang permohonan)
- daripada pihak ketiga (contohnya ; dari anak-anak syarikat kami, agensi-agensi laporan kredit, wakil dan lain-lain)
- daripada sumber-sumber umum yang boleh diperolehi
- daripada organisasi-organisasi lain yang telah dikenalpasti tentang pendedahan maklumat seperti di perenggan berikutnya
- Pihak ketiga kepada siapa kami mungkin mendedahkan data peribadi
-
Privasi Data Peribadi anda adalah suatu perkara yang amat penting bagi kami. Oleh itu, kami akan hanya mendedahkan maklumat peribadi yang kami perolehi kepada pihak ketiga dalam keadaan-keadaan tertentu yang amat terhad. Pendedahan maklumat tersebut juga akan hanya dibuat tertakluk kepada perlindungan privasi dan kerahsiaan yang sesuai.
Dalam hal ini, organisasi-organisasi yang biasanya kami berikan maklumat peribadi tersebut adalah:
- anak-anak syarikat kami dan badan-badan korporat yang berkaitan
- penyedia perkhidmatan sumber luar yang menguruskan beberapa perkhidmatan / bidang tugas kami seperti :
- Urusan surat-menyurat
- pengurusan dan pembayaran bil serta tuntutan hutang
- pengurusan hal-hal pemasaran, logistik dan teknologi maklumat, serta
- keperluan kemasukan data
- pihak penguatkuasa kerajaandan organisasi-organisasi lain seperti mana yang dikehendaki atau dibenarkan di sisi undang-undang
- agensi-agensi pemeriksaan penipuan dan laporan kredit
- lain-lain penyedia perkhidmatan kredit bagi hal-hal berkaitan pembiayaan kewangan dan kredit
- penasihat-penasihat profesional kami, termasuk akauntan, juruaudit dan peguam
- wakil-wakil yang sah (misalnya; Penasihat Undang-Undang)
Disebabkan dasar globalisasi perniagaan kami, Heidelberg Materials Malaysia mungkin memindahkan Data Peribadi anda kepada pihak-pihak lain di dalam "Heidelberg Materials Malaysia Group of Companies" dan/atau rangkaian Heidelberg Materials (yang mungkin berada di luar negara) atau kepada mana-mana pihak yang berada di luar negara (termasuk negara yang mempunyai regim perlindungan hak data peribadi yang berbeza daripada negara di mana anda berada). Walaubagaimanapun, sebarang Data Peribadi yang dipindahkan akan hanya diberikan atau didedahkan kepada pihak-pihak yang telah dinyatakan di atas dan untuk tujuan-tujuan seperti yang telah dinyatakan sahaja.
- Penyimpanan dan pengekalan data peribadi.
-
Data peribadi anda akan disimpan sama ada dalam bentuk cetakan di pejabat-pejabat Heidelberg Materials Malaysia atau disimpan secara elektronik dalam pelayan yang terletak di dalam atau di luar Malaysia dan dikendalikan oleh pihak Heidelberg Materials Malaysia atau pembekal perkhidmatan di dalam atau di luar Malaysia.
Sebarang data peribadi yang diberikan oleh anda akan disimpan oleh pihak Heidelberg Materials Malaysia dalam tempoh yang diperlukan bagi memenuhi tujuan-tujuan seperti yang telah dinyatakan di atas atau untuk sebarang keperluan undang-undang, peraturan dan / atau bagi memenuhi keperluan perakaunan mahupun untuk melindungi kepentingan syarikat Heidelberg Materials Malaysia.
- Hak untuk mengakses data peribadi
-
Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010 (PDPA), anda mempunyai hak untuk mendapatkan akses kepada data peribadi anda yang disimpan oleh pihak kami dan meminta pihak kami untuk melakukan pembetulan ke atas mana-mana data peribadi anda yang anda dapati tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak dikemaskini.
- Pertanyaan mengenai data peribadi
-
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai data peribadi anda (contohnya: pertanyaan mengenai data peribadi anda yang kami simpan, kemaskini mahupun yang telah dilakukan sebarang pembetulan atau pemadaman) anda boleh menghubungi Pegawai Privasi Heidelberg Materials Malaysia secara bertulis di alamat seperti yang tertera di bawah ini.
Pegawai Privasi Heidelberg Materials Malaysia
Wisma Consplant 1 (5th floor)
No 2 Jalan SS 16/4
47500 Subang Jaya, Malaysia - Perubahan kepada notis privasi ini
-
Kami berhak untuk meminda Notis Privasi dari semasa ke semasa tanpa mengeluarkan sebarang notis atau makluman terlebih dahulu. Oleh yang demikian, sila semak Notis Privasi di laman web Heidelberg Materials Malaysia Malaysia kami secara berkala.
Terima kasih atas sokongan anda yang berterusan
Heidelberg Materials Malaysia Group of Companies